Monday, March 29, 2010
Tazkirah 4 : gerbang pernikahan
akum, islam mengalakkan perkahwinan, namun yang disunatkan bernikah apabila seseorang itu berkemahuan dan mampu untuk memberikan nafkah. walaupun begitu, perkahwinan ini mampu menghalang setiap insan dari melakukan maksiat dan penzinaan.
perkahwinan di dalam islam tidaklah seberat yang kita fikirkan, tetapi dengan adat yang kita ada, serba sedikit menghalang kita daripada mengikuti landasan islam yang sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
apabila kita melihat kes penzinaan yang membawa kepada pembuangan bayi yang tidak berdosa, kita harus berfikir, di mana kesilapan kita adakah di atas kesilapan individu terbabit atau adat resam kita yang menyelebungi kita atau kesilapan pentarbiyahan ibubpada terhadap anak-anak.
saidina omar pernah berkata : didiklah anda kamu mengikut perubahan zaman.
sebagai contoh, pendidikan seks di sekolah PERLU diadakan bagi menzahirkan buruk baiknya pergaulan lelaki dan perempuan, akibat daripada berlakunya penzinaan, keistimewaan berumahtangga dan sebagainya. jika hendak dibandingkan dahulu dengan situasi sekarang, anak muda jauh lebih terkehadapan dengan generasi dahulu. gejala sosial juga banyak berlaku jika hendak dibandingkan semasa zaman remaja mak dan ayah kita. maka benarlah kata-kata saidina omar tersebut.
mak dan ayah kita juga tidak mengajar kita erti penzinaan, anak luar nikah dan sebagainya, cuma kita mengetahui melalui rakan-rakan dan media masa. begitu juga, mak dan ayah kita tidak pernah mengajar apa itu erti syabu, ganja dan sebagainya, cuma kita kenali melalui kawan-kawan dan media masa.
oleh yang demikian, selaras dengan syariat islam apa jua transformasi yang kita lakukan janganlah berpandukan kepada akal semata-mata tapi wajib mengikuti landasan syariat Allah. bagaimana kita nak tahu? bertanyalah kepada orang yang lebih mengetahui sebagaimana firman Allah maksudnya: tanyalah orang yang lebih mengetahui jika kamu tidak mengetahui.
walaahualam bi muradih.
Currently have 0 comments: