Thursday, March 4, 2010
Tazkirah 3: ciri-ciri manusia ciptaan Allah
asalammualaikum
di dalam surah at-tin ayat ke 4 maksudnya:
"kami jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian".
di dalam tafsir fi zilalil quran karangan syed qutub menyatakan, manusia ini terdiri daripada 2 ciri utama yang amat penting bagi seorang manusia:
ciri pertama: ciri jasmaniyah, iaitu manusia ini diciptakan dengan pelbagai bentuk dan rupa. ada yang tinggi, ada yang rendah, ayang berkulit putih dan ada yang berkulit sawo matang, gemuk, pendek dan sebagainya.
ciri kedua: ciri rohaniyah, iaitu manusia ini diciptakan dan diberikan keimanan atau kepercayaan kepada Allah sebagai pencipta. ciri inilah yang perlu dibelai, dipupuk, dibajai agar tidak terjatuh ke lembah yang paling hina kerana orang yang tidak mempunyai iman dan taqwa di dalam diri adalah paling tersesat jauh sepertimana ayat al-Quran menyebut: mereka seperti binatang ternakan malahan lebih tersesat jauh lagi.
oleh yang demikian, kita sebagai hamba Allah wajib mempunyai sifat ketaqwaan di dalam diri. taqwa adalah buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang sama ada zahir atau batin. definisi taqwa cukup mudah tetapi untuk beramal dan beriman dengan ketaqwaan cukup payah. manusia ini tidak sunyi dari kesalahan, kesilapan dan sifat lupa. dengan sifat-sifat yang serba kekurangan inilah perlu kita atasi dari dipedaya oleh nafsu dan syaitan/
wallahu a'lam bi muradihi.
Currently have 0 comments: