Photobucket Photobucket

Sunday, August 9, 2009

USB external cdrom hilang!~

artikel oleh (::- am|r -::) | Sunday, August 9, 2009 | Kategori: |


aku citer ni bukan pe, benda ni terjadi pada my wife antara percaya dan tidak, tapi aku kena percaya gak.

citernyer begini, my wife pakai laptop baru HP Pavilion dv2. sehari tu, dia nak kena buat presentation pakai cd kat pejabat dia. dia pun soh budak praktikal kat situ, bawak turun laptop dia dan terus pasang, dalam 10 minit lagi majlis akan bermula. bebudak nih carik la external cdrom yang selalu ada dalam beg laptop tuh, diorang carik tak der. jadi wife aku present gak la tanpa cdrom tu, selepas dia cari pun tak jumpa dalam beg yang sama.

abis majlis dia pun carik la kat meja dia kalu-kalu ada tapi tak jumpa gak. bila balik dia bagi tau aku yg cdrom tu hilang. aku cakap ada dalam beg tu, pasal aku jarang pakai laptop dia, kalu aku pakai pun cdrom sekali laptop, aku letak balik dalam beg tu. aku pun try la cari, tapi tak jumpa, pelik aku. aku dah syak mesti hilang kat pejabat dia nih. dia pun tak sedap hati, nak dekat maghrib dia call pakcik aziz. keistimewaan pakcik nih, leh tau barang tuh ada kat mana, banyak keistimewaan pakcik ni, tak cukup lak citer nak sini nanti.

time tipon je pakcik nih, dia dah tau sapa amik. tp dia tak cakap siapa orangnyer, di kasi hint je. orangnyer takde misai. wife aku syak la, orang takder misai nih, ada sorang pakcik yang suka gadget2 nih, dia leh repair kalu benda tu rosak, tapi dia syak je la. pakcik aziz tu bagi la ayat yang perlu nak baca, dan dia akan tolong jugak dapatkan barang tu dan dia sendiri akan buat solat hajat. baguih pakcik nih.

esoknyer dia gi pejabat, aku tolong letak beg laptop tepi pintu, kot2 dia nak bawak pejabat. dia cakap dia la, dia dah tak semangat nak bawak pasai takut hilang lak laptop tu. di pejabat, dia pun tengok2 la pakcik yang takder misai, pakcik yang dia syak tuh, muka selamba je, macam tak bersalah pun amik orang punya. sampai la ke petang nak balik pejabat, tak de pe2 pun.

esoknya my wife cuti pasai anak tak sihat tapi aku gi keja macam biasa. beg laptop ada kat tepi pintu lagi. ari tuh ari jumaat, selepas solat, isteri aku tipon. dia cakap tadi dia buka la laptop tu nak pakai buat keja pejabat sket, tup tup ada plak external cdrom tuh dalam beg laptop. dah le beremang bulu tengkok isteri aku, terus je dia tipon pakcik aziz, pakcik tuh cakap yang tu je mampu dia tolong, abis dialog dia.

aku pun pelik la, macamana external cdrom tuh ada kat dalam beg yang memang tak bawak kat pejabat. aku bersyukur kepada Allah, kalu nak beli lagi dua tiga ratus gak tuh.. PELIK AKU PELIK..

Currently have 0 comments:


Leave a Reply